9.30 pagi: Kami bertujuh gerak dgn 1 keta jer. Destinasi pertama adalah ladang bunga melur yg xjauh dari chalet penginapan. Masih ujan renyai n dari jauh nmpk kelibat 3 org makcik tgh terbongkok2 kutip bunga melur. Dalam usia 70 tahun, diorg still gigih kerjakan tanah seluas 7 ekar tu. Ada 7 org ibu tunggal yg kendalikan ladang tu sejak sethn setgh yg lepas.
Sempatla kami berposing sakan kat situ. Makcik2 tu pun hepi dpt jumpa kitorg yg mcm xpnh tgk bunga. Selipar pun jadi kotor psl tanah lembik lagi.
10 pagi: Tiba di rumah nenek Jimah di kg gali lurus.
10.45 pagi: Berada di bengkel perusahaan kuih bahulu kuih tradisional lain. Dapatlah tgk mcmana kuih tiram dibuat. Cara moden sangat sbb suma pakai mesin. Beli skit utk kwn2 n diri sendiri.
11.30 pagi: Di rumah Pak Sastro, warga emas yg dtg dari Tanah Jawa ke Malaya semasa muda n terperangkap di Raub akibat kedtgan Jepun. Sangat sadis cerita n pengalaman org tua yg pernah bergelar Tok Dalang disebabkan minat yg mendalam pada wayang kulit.
Pendengaran n penglihatan dia dah kabur so kitorg terpaksa ckp kat telinga dia. Tgk dia bersusah-payah cuba cam watak wayang kulit yg dipercayai satu-satunya yg berusia lebih 100 tahun mengikut umo dia.
12.45 tghari: Ke rumah kak roslina. Lunch n shoot resipi sekali. Sunyi jer umah, laki n anak2 akk tu xde. Sodap sangat masakan dia. Masa mkn dpt lak berita sedih tentang kematian mengejut photographer utusan, abg nazudeen yg jatuh pengsan di opis. Dibawa ke hukm n meninggal di sana akibat kena serangan jantung.
Serta-merta selera mkn kitorg hilang. Aku terbayang2 wajah dia, jumpa masa assignment di studio sabtu lps n dia nampak ceria jer. Semoga Allah cucuri rahmat n tempatkan dia dlm golongan soleh. Amin....
2 ptg: Rehat n solat jap di chalet.
3.15 ptg: Bubur durian dah selamat berada dlm perut aku.hahaha.. Giler kenyang arini. Rasa cam explode pun ada. Rambutan pun ada gak tapi aku cuma mkn sebiji jer.
3.30 ptg: Di bengkel pembuatan kerepek2 pulak. Xjauh pun, kat belakang chalet jek. Mcm2 kerepek ada, kenyang sekali lagi kat sini. Makcik2 demo wat rempeyek. Amik gambaq skit2 n mkn byk2.
4.15 ptg: Gi amik gambar umah yg dijadikan homestay. Umah pakcik ni mmg klas sbb ada tv lcd besau n 2 buah bilik taraf hotel. Umah ni slalu jadi tmpt menginap pelancong omputih, maybe sbb pakcik pandai speaking kot.
4.30 ptg: Di sebuah lagi homestay. Actually ada 20 buah umah yg amik bahagian. Xdela larat nk gi suma kan. So amik yg the best jer la. Umah makcik jual satay ni pun ok la. Besar n dia siap frame lawa2 artis n pelancong yg pnh duk umah dia. Antaranya Nadia AF dan Zamarul Hisham.
5.15 ptg: Gerak ke pekan Raub dgn 2 keta psl nk kena isi minyak. Mak ayam ajak kami minum n amik angin skit. Pekena roti canai di sebuah gerai. Agak mahal harga mknan kat situ, kalah KL.
6.15 ptg: Aku, faiza, amin n editor sampai ke tempat org2 tua main gasing. Keta sebuah lagi xsinggah sbb malas, maklumla masih ujan masa tu. Aku interview Hj Sabari yg dipanggil pengasas yg cukup terer main permainan tradisional ni.
Harusla aku try main walaupun xpnh main seumo hidup aku. Suma perati kitorg bertiga main terkial2. Mak ayam duk jer kat anjung sambil gelak2 kan gelagat kami. Kelakar jugak tp seronok sgt dpt cuba.
7 ptg: Rehat jap
9 mlm: Malam ni ada pertunjukan tarian oleh budak2 pompuan kampung. Lambat start sebab cikgu tarian merangkap bini tok penghulu Zambri lewat dtg. Sementara tggu, borak2 dgn org kampung yg da mula berkumpul ramai2 kat dewan.
11 malam: Sesi karaoke bermula. Budak2 kampung jer kerumun, xper bagi can lagi. Tapi lps pada mak ayam melepas gian menyanyi 2-3 buah lagu, aku, faiza n amin lak conquer. Shefry, Ecah n nik nmpknya sgt pemalu dgn org kg n diorg just duk dlm bilik jer xmo join.
Hasilnya, kitorg berempat balun berkaraoke sampai kul 2 pagi. Tension punya psl.
No comments:
Post a Comment