Pengikut Aku Yang Chumel

25 January 2010

18 Jan, 2010 – Photo shoot @ Palm Garden, Putrajaya

Pukul 10 pagi aku dah standby kat Palm Garden IOI Resort Putrajaya. Kena tunggu kedatangan org2 penting iaitu model, mekap artis n baju2 utk fashion shoot arini.

Actually utk sesi b’gambar kali ni, aku wat dengan kak hajar tapi memandangkan pagi ni dia kena interview pengarah imigresen kat Putrajaya, so aku la yg kena uruskan dulu n dia akan dtg kemudian.

Cari Audrey, PR hotel dulu. Dia dtg ke reception utk tlg aku check in bilik. Orang pertama yg muncul adalah Ayunaliza, finalis Gadis Melayu yg pernah jadi covergirl Wanita thn lps. Sangat punctual minah ni n dia sanggup datang dari JB semata2 utk shoot kali ni. Sungguh bersemangat.

Masuk jer bilik di tingkat 2, mekap artis daripada butik Wedding Isle, Carmilla kasi tau yg dia dah sampai bersama sorg model cina yg aku mintak tlg dia carikan.

Terus start mekap 15 minit kemudian n Carmilla mintak masa sejam setgh utk siapkan model. Aku pinjam kwa, baju tradisional cina yg selalunya pengantin pakai semasa tea ceremony. Aku n Ayu kagum sgt dgn kwa yg memang cantik giler n nmpk mewah.

Tetiba Shahrin call kasi tau dia dah sampai kat Cyberview Lodge, Cyberjaya. Aku tepuk dahi sbb dalam byk2 org yg aku call, rupanya aku lupa nk bgtau dia psl pertukaran lokasi. Kesian sgt pada dia yg dtg ke situ dgn cab dari ERL. Kak hajar xabis assignment lagi utk amik, aku suh jer dia usaha carik cab ke sini.

Ayien sampai gak akhirnya dgn berpeluh n kepenatan. Nasib baiklah mamat ni jenis cool. Pukul 11.15 mak kecik sampai. Ayu tgh sedap2 jer tido, letih sgt minah tu. Azhar Mogo dtg selang 15 minit kemudian. Masa ni pengantin cina dah siap mekap pun.

Aku n abg azhar turun ke bawah utk carik lokasi sesuai utk shooting. Mak kecik pun mula mekapkan Ayu n touchup Ayien. Photo shoot berjln lancar n xde masalah. Cynthia, owner Wedding Isle dtg utk tgk anak2 buah dia bekerja. Aku xpnh jumpa dia, dpt tau psl butik baju pengantin dia pun daripada internet jer.

Pukul 2 Audrey dtg utk jemput kami mkn tengahari. Tapi dah syok2 keja camni rasa sayang pulak nk tinggalkan jap. Akhirnya jam 3.30 ptg baru selesai suma 10 pasang baju.

Baru la best nk makan. Lunch buffet dah abis n kitorg kena order makan. Masing2 mkn salmon n pasta. Aku n kak hajar mkn nasi goreng prang (menurut waitress kat situ, prang nama sebnr tapak hotel ni zaman dulu kala). 5 petang kami berdua dah sampai kat opis. Memang mencungap la disebabkan kepenatan yg teramat sgt. Xjadi satu keja pun, sejam later aku dah berada kat umah. Tamat satu hari yg sgt sibuk.



No comments:

Related Posts with Thumbnails