Pengikut Aku Yang Chumel

28 December 2010

Woaa..reunion yang happening

25 Disember 2010
  Reunion ex-student Sek.Men.Keb.Munshi Abdullah, Melaka 
 Ballroom Kings Hotel, Ayer Keroh.

Best sangat dapat jumpa balik kawan-kawan yang dah lebih 12 tahun tak jumpa.

Yang sure cakap non stop malam tu..banyak benau cite masing-masing kekdahnya.

Walaupun ada gak yang tak datang tapi tetap meriah n huru-hara.

Akhirnya dapat gak jumpa diorg ni blk. Tq to Linda n Edd sebab rajin organize.

Yeayy..kami paling ramai dtg..cayalah kelas 5K!

Sebuk pilih lagu tapi haram x layan karok pun..sembang x abis2.

2 orang Shikin sedang mam.

Excited giler aku kan?hakhak..
(Photo by Haizi Khair)

Seronok sangat! :)

25 December 2010

Skali Lagi Cite Pasal Pompuan Rajin

Malas nak makan nasik.

Jadi, mari kita wat megi goreng yang sangatttt pedas. 

Takde aksesori pun dalam mee ni sebab lauk  dalam fridge dah tak bape ramai yer. Sila la bersyukur n guna jer apa yang ada. 
(insaf seketika diriku. Tetiba tringat kat org miskin yang takde food langsung. sob..sob)

Oh drama..drama..drama..


Okay..mari kita mulakan kelas memasak kita pada hari ini.

Bahan-bahan seperti dalam gambau kat bawah tu yer.
(sebenaunya ada bahan rahsia yang xleh nak reveal kat sini)

Kok yo! Padahal memang tu jer bahannya..saja propa.


Mee instant, telur, bawang besau kecik, sos tiram n kicap pekat n cili padi sebyk mungkin..sekati pun xper.

Burrpp...Alhamdulillah syukur konyang gak perot eden ni haa.

Ni kuih Shrek untuk minum petang. (adik aku yang wat, kakaknya tumpangkan gambau jer)


Harap bersabau n sila tunggu sampai aku da boring cite pasal makan2 yer. 

Sok-sok lusa mana tau kot aku tukau kpd hobi yg lain kan?
(leh percaya ke statement ni??)

24 December 2010

Cite Pasal Pompuan Yang Sangat Rajin (lagi!?)

Tukang masak kerjanya enteng,
Bangun pagi masak nasi goreng,
Campur cili campur udang kering,
Bila makan mata naik juling.

Memang lazat memang sedap,
Kurang masin boleh tambah kicap,
Nasi goreng sudahlah terpuji,
Seantero dunia seluruh negeri,

Hoi nasi...hoi nasi...hoi nasi...
Hoi number one.


Nasi goreng cina yg xbape nak cina, requested by Aunty Ruby aka Mak pada pukul 11 mlm yer.
Mcm2 ada dlm cekodok ni.
Cincang bawang secukup rasa yer puan-puan. Ini bahan utk masakan seterusnya.
Juri kata odap hotdog yg aku wat ni.
Tringin la nak wat tiramisu betul2 tapi xreti.huh..



Kesimpulan: Tak guna jadi pompuan chantek kalau malas masuk dapur okay. 

Tengok cam aku..comel, rajin,sopan-santun.opppss... 
(Motip puji diri sendiri??)


23 December 2010

Ohhh..Rajinnya Diriku

Okay akhak2 suma..arini saya akan menunjukkan cara-cara membuat roti goreng dengan betul yer.

Intinya sukati korangla nak guna apa pun..janji kenyang. oppss..

Makanan dlm tin paling odap di dunia: Sardin cap ayam.muahaha..
Bahan lain: Roti (watak penting dlm cite nih), bancuhan sardin, telur n conflakes.
Rupa paras sebelum digoreng.
Rupa paras selepas digoreng n before terapung dalam perot.hakhak..



Erk..kenapa lately ni aku rasa cam wat blog masak2 pulak yer?

22 December 2010

Hari Membaking Sedunia


Tetiba tringin nak wat muffin kek (slalu jer tetiba kan?).

Takde cup so curah je adunan dalam tray biasa.

Wat lebih skit untuk bebudak kecik Hani n Hanis yang dok kat sebelah umah.

1st edition: Cake wit strawberry filling (before)
Kek utk org tua sudah siap
2nd Edition: Cake wit ChocolateTopping
Kek utk budak kecik

21 December 2010

Ronggeng Kak Limah

Hoho..1st time hapdate blog guna tipon cokia E61 aku nih. Laptop ada pun xguna kalo modem rosak yer.huh..Mesti tunggang-langgang skit entry kali ni,tapi blasah jer la labu..janji leh drp xde kan. 

Sabtu lepas (bape hb ek?lupa sudah), gi tgk wayang dgn geng 3 jahanam. Tgk Hantu Kak Limah Balik Rumah. Simple je jln cite dia tapi sgt pecah perot (xsgtla sbb b4 tu mam yee mee kantonis yg odap sampai penuh perotku n xrasa pape lg dah.hakhak).

Bukti pembelian. Booking online dulu sbb mmg full house klu carik kat kaunter.
Tema krismas Mr.Kacang @ Mines
Gambau makanan odap wajib ada dlm suma entry.hakhak..

17 December 2010

Haa..sapa lom kena injek lagi?

Tgh duduk relax2..tetiba tringat yang aku lom amik lagi dos ketiga suntikan HPV. Maknanya xcukup lagi protection kat diri aku nih.

Ni gara-gara kena alergik kulit bape bln lepas n doc nasihatkan xyah injek lagi sebab takut melarat. 

Aku xkisah pun kena cucuk2 tapi sakitnya ya ampun..sampai meleleh air mata. Dahla cucuk sedalam-dalamnya..siap korek2 lagi. seksa tau. sob..sob..

Budak2 sekarang bertuah, diorg leh dapat free je. Aku kena bayau okay, dapatla diskaun separuh harga..cuma RM550 utk 3 dos. Kalau kat spital luar caj lebih RM1k gak.

Kalau sapa2 rasa nak kesihatan diri terjamin, sila la injek walaupun azab amat masa cucuknya. Oppss..utk pompuan jer tau..jangan yang jantan gatal nak mintak kat doc, memang korang nak kena dush yer.

Kat bwh ni adalah salah 1 story yg aku pernah wat tentang kanser pangkal rahim..sewaktu jadi tukang tanya-tanya utk sebuah magazine x lama dulu. 


CEGAH AWAL PENULARAN KANSER SERVIKS
 
Masih ramai wanita di luar sana yang tidak memahami dan tahu cara betul untuk mengelak daripada terkena kanser pangkal rahim (serviks). Dianggarkan dua juta wanita dikesan menghidap kanser ini dan sebanyak 490,000 kes baru didiagnosa di seluruh dunia setiap tahun.

Suatu angka yang sepatutnya menggerunkan, lebih-lebih lagi ia merupakan kanser pembunuh kedua tertinggi wanita tetapi ada lagi yang tidak mahu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak penularannya.

“Remaja berusia antara 15 hingga 25 tahun merupakan antara kelompok usia yang aktif dalam aktiviti seksual. Hampir dua pertiga daripada pesakit yang ditemui dalam keadaan kritikal. Situasi ini amat membimbangkan kerana pencegahan masih boleh dilakukan sekiranya mereka datang lebih awal.

Pakcik Seoud.nggeee..
“Virus Human  Papillomavirus (HPV) adalah penyebab kanser pangkal rahim berlaku dan ia menyerang wanita tanpa mengira usia. 

Jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, keadaan akan menjadi lebih teruk,” jelas Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, American University of Beirut, Prof. Muhieddine Seoud dalam temubual eksklusif bersama wartawan **** sewaktu kunjungan singkatnya ke Malaysia.

TERDAPAT LEBIH 100 JENIS HPV
Kata Seoud, kanser serviks terjadi apabila berlaku pertumbuhan abnormal sel dalam pangkal rahim. Leher rahim merupakan bahagian uterus yang bertindak menyambungkan bahagian atas uterus (rahim) dengan faraj. 

“Penyakit ini mengancam nyawa dan jika tidak dikesan awal dan dirawat, pertumbuhan sel tidak normal ini boleh bertukar menjadi kanser. Ia berlaku apabila wanita itu dijangkiti beberapa jenis tertentu HPV.

“Untuk pengetahuan, terdapat lebih 100 jenis virus HPV di mana kebanyakkan daripadanya tidak berbahaya. Daripada jumlah itu, hanya 15 jenis yang boleh membawa kepada kanser dan ini termasuklah jenis biasa ditemui iaitu HPV 16, 18, 45 dan 31. Gabungan HPV jenis 16 dan 18 dikenalpasti mencetuskan 70 peratus daripada kes kanser seluruh dunia,” ujarnya.

VAKSIN MAMPU CEGAH HPV
Seoud menasihatkan kaum wanita agar segera melakukan langkah pencegahan supaya mereka tidak terbeban dengan kos rawatan jika lambat mendapat rawatan sewajarnya. 

Salah satu caranya adalah menerusi suntikan vaksin HPV. Walaupun tidak memberi perlindungan sepenuhnya terhadap semua jenis virus, tetapi ia sekurang-kurangnya merendahkan risiko kanser serviks dan penyakit berkaitan HPV. 

Terang beliau, penting bagi anda untuk melakukan pemeriksaan pap smear khusus untuk mengesan sekiranya terdapat keganjilan pada bahagian rahim. Ujian ini perlu dilakukan agar sel boleh dirawat sebelum ia bertukar kepada kanser. Sebagai contoh, di United Kingdom dan Amerika Syarikat, setiap wanita diwajibkan menjalani ujian pap smear setiap satu hingga tiga tahun. 

“Oleh kerana individu yang dijangkiti HPV kadang-kala tidak menunjukkan gejala, ini menyebabkan mereka tidak sedar sudah dijangkiti. Di sinilah terletaknya kepentingan ujian pap smear secara teratur. Tambahan pula penyakit ini mengambil masa lama untuk berkembang iaitu antara 10 hingga 15 tahun. 

“Kebanyakan pesakit kanser serviks terdiri daripada wanita tua dan juga muda. Golongan ini berisiko menghidap kanser pangkal rahim akibat daripada jangkitan baru atau jangkitan semula HPV yang boleh menyebabkan kanser berlaku. Jadi, penting untuk mengambil langkah pencegahan awal agar ia boleh diubati,” pesan Profesor Klinikal ini lagi.

PILIHAN LANGKAH PENCEGAHAN  KANSER SERVIKS
1.Pemvaksinan dengan vaksin HPV.
2.Menjalani ujian pap smear.
3.Menghindari diri daripada melakukan aktiviti seksual.
4.Setia kepada seorang pasangan dan tidak mempunyai ramai pasangan seks.
5.Pilih pasangan dengan teliti. Risiko terkena HPV lebih rendah berbanding memiliki berbilang pasangan.
6.Menggunakan kondom bagi mengurangkan risiko jangkitan.


Ni masa 1st shot of HPV vaccination. Seminggu tgn xleh angkat sbb jadik lenguh sgt. Punya kuat efek nak kasi tahan sampai 12 thn dlm bdn.



16 December 2010

Entry Menyejukkan Hati

Takpelah kalau ada yang ckp aku cam budak kecik sebab suka tgk cite kartun, janji aku enjoy.

Bukan bermakna aku tak matang, perangai cam kanak2 ribena tapi itulah menda yang wat aku hepi n leh ilangkan tension.

Ok stop bebel.

Sempena nonton Shrek 2 kat RTM mlm td..
 
Suka sgt cite Shrek nih..tgk ulang2 pun xper. (credit to en.google)


 

 Aku nak tunjuk ler skit gambau2 yg sempat aku tangkap di Kota Bharu itu hari. 

Suma ijau sama cam Shrek gak..kasi rehat skit mata yer.







Tetiba lapau...

_
_
_
_
_
_
_
_
_
_

Nasi goreng  USA yg sgt mahal...mentang2 oversea.

Semalam sorg kwn tanya kenapa ramai sgt makanan dlm blog aku ni.

Agak-agak korang kenapa? 
 hakhak..

09 December 2010

Putera Katak + Roti John

Mam roti john sambil tgk cite Putera Katak.
Sangat heaven!

Comel x Putera Katak kat lemari baju aku ni?

Jap2..tetiba rasa cam nak share resipi yg xseberapa nih.

Senang jer..mula2 blend bawang besau n putih skit. Then tumis bahan yg dah hancur tadi, masuk daging kisar + rempah kari daging sesudu kecik + serbuk lada hitam + serbuk all spice. Goreng tanpa minyak yer sbb nanti daging tu kuar minyak dah.

Bila daging dah kering, angkat n masukkan telur + bawang besar. Pastu sapu mentega kat roti n goreng.
Kalau nak best tambah ler salad ke timun ke. Makan dgn sos cili n mayonis. 

Tengah sedap2 masak roti john..tetiba gas abis. Sangat potong stim. Trus masuk dalam sandwich maker, bentuk jadi kelakar plak. Pape jer la..

Siapppppp!!


Sudah selamat landing dlm perot.

08 December 2010

Gambau Bertunang

4 Dec 2010

Lokasi: Dari Putrajaya ke Muar
Motif: Majlis Pertunangan Sidiq & Wanie
Misi: Image n Video shooting & Nasi beriani gam (nyum2..opss)

Perghhh..rasa cam gi umah orang kahwin jer.
Rombongan pihak lelaki datang dgn 9 buah keta pengiring.
Aku selaku photographer (yg sgt amatur..gambau pun hantam jer.hakhak) + 2 org videographer.

Tengok la 3 keping gambau ni..malas nak upload byk2..internet slow cam sipot *#@*
Erk..sila abaikan teknik foto aku yg sgt huduh tu.

Layanzzz..







01 December 2010

Aku Dah Bosan + Sedih

 


Lagu ni sangat sesuai dengan aku di kala nih.

Ada banyak menda nak hapdate tapi aku tgh...

Kebosanan melampau. 

Cite lain: 

Weekend ni ada reunion n futsal dgn ex-bebudak mass comm kat Shah Alam. 

Malangnya aku lupa nak block date tu awal2 n memandai amik job tangkap gambar orang bertunang kat Muar. 

Okay..syabas pada diri sendiri sebab dengan 'sengaja' xmenjoinkan diri sekali lagi...sebab byk makan semut la ni.
 
Sob..sob.. teringin nak jumpa kwn2 :'(
 





































































Related Posts with Thumbnails