Pengikut Aku Yang Chumel

07 September 2010

Harapnya Kak Wati Selamat

Dah 2 ari gempar cite pasal jutawan kosmetik Datuk Sosilawati hilang sejak 30 Ogos. Ada banyak version story yg kuar dalam paper, korang baca la sendiri yerk.

Aku plak still lagi terkejut ngan berita ni. Sebabnya dah seminggu aku cuba contact dia tapi xdapat2. Ingatkan dia bz sesangat rupa-rupanya memang xdapat dikesan langsung oleh anak-anak dia sendiri.

Yer..aku adalah antara salah sorg wartawan yang interview dia sehari sebelum hilang. 

Sejak dari pagi lagi aku dah tercongok kat umah dia di Gombak. Seminggu aku tunggu untuk dapatkan date yang dia free untuk sesi fotografi dan akhirnya pick juga Ahad lepas.. Itupun plan asal shoot di ofis baru dia kat Cyberjaya. Sejam b4 appointment dia tup2 tukar lokasi.

Masa aku sampai kak Nafsiah reporter Wanita dah sampai n x lama kendian Natrah dari Bernama TV lak muncul. Tak sangka plak dia berjanji nak jumpa dgn ramai press dalam sehari. Sementara tunggu Datuk siap mekap, kitorang usha dulu angle photo shoot dalam umah yang sesuai nak diamik.

Aku suh Kak Nap proceed dulu sebab dia nak cepat. Tengok dia ala kadar je dapat berborak dgn Datuk, katanya nak interview by phone call jer nanti. Konsep gambar raya. Comel sungguh anak2 dia dgn baju kaler pink.

Masa rakaman ucapan raya, Datuk n family nampak excited sangat. Banyak kali juga la take. Sila bersabar yer sebab turn aku paling akhir sekali.

Pukul 2 lebih baru dapat interview. Aku cuba bereskan keja sebyk mungkin sebab dalam fikiran aku Datuk mesti sangat bz sampai terpaksa tunda byk kali nak wat temuramah ni. Lebih kurang setengah jam, dia dah mintak permission nak stop sebab nak bersiap2 untuk berbuka.

"Takut x sempat nak masak untuk anak-anak. Pasni kalau nak amik gambar kat wisma, awak call Rita jer (anak dara dia). Kak Wati memang takde." 

Banyak kali dia ulang ayat tu even masa tgh posing2 pun. Aku ingatkan dia complicated orangnya tapi tidak, sangat down to earth. Katanya nak berniaga jiwa kena bersih xboleh ada hasad dengki. 

Apapun..sila jangan wat sebarang spekulasi dgn cite di atas. Sekadar catatan peribadi n pengalaman sebagai seorang pengamal media. Laporan pihak polis yang dipaparkan di media cetak n elektronik lebih hapdate n reliable.

Harap dia kembali ke rumah dengan selamat. Raya pun dah dekat. Kesian kat anak-anak jer. Semoga Allah permudahkan segala urusan dia.


Nampak hepi jer kan.

2 comments:

JijahJambu@Jj said...

Sedih kalau ingatkan pasal Datuk S .. dah la dekat ngan raya masa tu ... cant imagine how her's family feelings ..

Ash said...

Sedihkan?dahla kematian dia sgt tragik.sob..sob..

Related Posts with Thumbnails